Version 4.0 - 1 December 2025
At FamilyMart, we are working hard to serve shoppers a little better every day. Looking after the Personal Data you share with us is an immensely important part of this. We want you to be confident that your data is safe and secure with us, and understand how we use it to offer you a better and more personalised shopping experience. We are committed to upholding the standards personal data protection as provided for in the Malaysian Personal Data Protection Act 2010 and any amendments made thereto ("PDPA").
| Biometric Data | Any personal data resulting from technical processing relating to the physical, physiological or behavioural characteristics of a person. |
| Commissioner | The Personal Data Protection Commissioner is an agency under the Digital Ministry that was created on 15 November 2013 after Parliament passed the Bill relating to the PDPA. |
| Commercial transaction | Any transaction of a commercial nature, whether contractual or not, which includes any matters relating to the supply or exchange of goods or services, and agency but does not include a credit reporting business carried out by a credit reporting agency under the Credit Reporting Agencies Act 2010. |
| Data Controller | A person who either alone or jointly or in common with other persons processes any personal data or has control over or authorises the processing of any personal data but does not include a Data Processor. |
| Data Subject | An individual who is the subject of the personal data and shall not include a deceased individual. |
| Data Processor | Any person, other than an employee of the data user, who processes the personal data solely on behalf of the data user and does not process the personal data for any of his/her own purposes. |
| Personal Data | Any information in respect of commercial transactions, which: (a) is being processed wholly or partly by means of equipment operating automatically in response to instructions given for that purpose; (b) is recorded with the intention that it should wholly or partly be processed by means of such equipment; or (c) is recorded as part of a relevant filing system or with the intention that it should form part of a relevant filing system, that relates directly or indirectly to a Data Subject, who is identified or identifiable from that information or from that and other information. |
| Personal Data Breach | Any incident involving the breach, loss, misuse or unauthorised access of personal data. |
| Processing | Collecting, recording, holding or storing the personal data or carrying out any operation or set
of operations on the personal data, including: (a) the organisation, adaptation or alteration of personal data; (b) the retrieval, consultation or use of personal data; (c) the disclosure of personal data by transmission, transfer, dissemination or otherwise making available; or (d) the alignment, combination, correction, erasure or destruction of personal data. |
| Relevant Person | (a) in the case of a data subject who is below the age of eighteen years, the parent, guardian or
person who has parental responsibility for the data subject; (b) in the case of a data subject who is incapable of managing his own affairs, a person who is appointed by a court to manage those affairs, or a person authorised in writing by the data subject to act on behalf of the data subject; or (c) in any other case, a person authorised in writing by the data subject to make a data access request, data correction request, or both such requests, on behalf of the data subject. |
| Sensitive Personal Data | Any personal data consisting of information as to the physical or mental health or condition of a data subject, his/her political opinions, his/her religious beliefs or other beliefs of a similar nature, the commission or alleged commission by his/her of any offence or any other personal data as the Minister may determine by order published in the Gazette. |
| Third Party | Any person other than: (a) a data subject; (b) a relevant person in relation to a data subject; (c) a data user; (d) a data processor; or (e) a person authorised in writing by the data user to process the personal data under the direct control of the data user. |
| Person in Charge | Data Protection Personnel |
| Contact Number | 03-7891 2288 |
| dpp-familymart@ql.com.my | |
| Business Address | QL Maxincome Sdn. Bhd, No.16A, Jalan Astaka U8/83 Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan |
Versi 4.0 - 1 Disember 2025
Di FamilyMart, kami bekerja bersungguh-sungguh untuk berkhidmat kepada pembeli kami lebih baik setiap hari. Menjaga Data Peribadi yang anda berkongsi dengan kami adalah sangat penting bagi kami. Kami mahu anda yakin bahawa data anda adalah selamat dan terjamin dengan kami dan faham bagaimana kami menggunakan data anda untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih baik dan diperibadikan. Kami komited untuk menegakkan piawai keselamatan data peribadi seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan sebarang pindaan kepadanya ("PDPA").
| Data Biometrik | Apa-apa data peribadi yang terhasil daripada pemprosesan teknikal yang berhubungan dengan ciri-ciri fizikal, fisiologi atau tingkah laku seseorang. |
| Pesuruhjaya | Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi merupakan agensi di bawah Kementerian Digital yang ditubuhkan pada 15 November 2013 selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-undang berkaitan PDPA. |
| Transaksi Komersial | Apa-apa transaksi bersifat komersial, sama ada secara kontrak atau tidak, yang termasuk apa-apa perkara yang berhubung dengan pembekalan atau pertukaran barang atau perkhidmatan, agensi, pelaburan, pembiayaan, perbankan dan insurans, tetapi tidak termasuk sesuatu perniagaan pelaporan kredit yang dijalankan oleh sesuatu agensi pelaporan kredit di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. |
| Pengawal Data | seseorang, sama ada berseorangan atau berkumpulan atau bersama dengan orang lain memproses apa-apa data peribadi atau mempunyai kawalan terhadap atau membenarkan pemprosesan apa-apa data peribadi (tetapi tidak termasuk Pemproses data). |
| Subjek Data | seseorang individu yang menjadi subjek data peribadi itu dan tidak termasuk individu yang telah meninggal dunia. |
| Pemproses Data | Mana-mana orang, selain seorang pekerja pengguna data, yang memproses data peribadi itu semata-mata bagi pihak pengguna data itu, dan tidak memproses data peribadi itu bagi apa-apa maksud persendiriannya. |
| Data Peribadi | Apa-apa maklumat yang berkenaan dengan transaksi komersial, yang— (a) sedang diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan yang dikendalikan secara automatik sebagai tindak balas kepada arahan yang diberikan bagi maksud itu; (b) direkodkan dengan niat bahawa ia sepatutnya diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan itu; atau (c) direkodkan sebagai sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan atau dengan niat bahawa ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan, yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan Subjek Data, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat tersebut atau daripada maklumat itu bersama maklumat lain. |
| Pelanggaran Data Peribadi | Apa-apa pelanggaran data peribadi, kehilangan data peribadi, salah guna data peribadi atau akses tanpa kebenaran data peribadi. |
| Pemprosesan | Mengumpul, merekod, memegang atau menyimpan data peribadi itu atau menjalankan apa-apa pengendalian
atau set pengendalian terhadap data peribadi itu, termasuk - (a) penyusunan, penyesuaian atau pengubahan data peribadi; (b) mendapatkan kembali, merujuk kepada atau menggunakan data peribadi; (c) penzahiran data peribadi melalui penghantaran, pemindahan, penyebaran atau selainnya menjadikannya tersedia; atau (d) penjajaran, penggabungan, pembetulan, pemadaman atau pemusnahan data peribadi. |
| Orang yang Berkaitan | (a) dalam hal seorang subjek data yang di bawah umur lapan belas tahun, ibu bapa, penjaga atau
seseorang yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa terhadap subjek data itu; (b) dalam hal seorang subjek data yang tidak berupaya menguruskan hal ehwalnya sendiri, seorang yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan hal ehwal itu, atau seorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh subjek data untuk bertindak bagi pihak subjek data itu; atau (c) dalam mana-mana hal lain, seorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh subjek data untuk membuat suatu permintaan mengakses data, permintaan pembetulan data, atau kedua-dua permintaan itu, bagi pihak subjek data itu. |
| Data Peribadi Sensitif | Apa-apa data peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seorang Subjek Data, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, perlakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan olehnya atau apa-apa data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan di dalam Warta. |
| Pihak Ketiga | Mana-mana orang selain— (a) seorang subjek data; (b) seorang yang berkaitan yang berhubung dengan seorang subjek data; (c) seorang pengguna data; (d) seorang pemproses data; atau (e) seorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh pengguna data untuk memproses data peribadi di bawah kawalan langsung pengguna data itu |
| Person in Charge | Data Protection Personnel |
| Nombor Telefon | 03-7891 2288 |
| Alamat Emel | dpp-familymart@ql.com.my |
| Alamat Perniagaan | QL Maxincome Sdn. Bhd, No.16A, Jalan Astaka U8/83 Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan |